HeartBeat~ Tekan

Powered By Blogger

Thursday, October 21, 2010

kenali MADU asli...

MADU adalah makanan yg baik utk tubuh kita.Ia mampu memberikan tenaga dankesihatan kpd tubuh.Setiap peti ais seharusnye mampunyai stok madu utk kegunaan seisi keluarga.Tip2 di bawah boleh membantu anda utk memastikan madu yg dibeli benar2 asli....
  1. Pekat,tidak berbuih dan manis-Madu asli sgt pekat kerana kandungan airnya tdk melebihi 20 peratus.Jika berbuih ini bermakna madu sudah terdedah lama pd ruang terbuka dan rasanya sedikit masam.
  2. Tidak menembusi kertas-Ujian ini juga petunjuk kandungan air dlm madu.Jika terlalu byk air,kepekatan madu mengurang hingga mampu menembusi kertas.Begitu pun hati2 kerana gula merah yg dicampur madu jugaakan membuatnya kelihatan pekat.
  3. Mengeluarkan gelembung bila dipanaskan-Terdapat perbezaan antara madu dan gula bila dipanaskan.Bila gula dipanaskan,permukaannya mengeluarkan byk buih spt air mendidih manakala madu asli,menghasilkan gelembung udara yg membesar dan kemudiannya meletus.
  4. Tdk mengering bila dijemur-calitkan sedikit madu pada tangan lalu jemur di bawah matahari.Madu asli tidak akan mengering namun madu yg sudah dicampur gula akan membentuk lapisan kerak gula di tangan.
Semoga dgn info ini dapat la memberi sedikit sebanyak tentang bagaimana kita nk dapatkan madu yg benar2 asli.Cubalah yeak.......

sumber SINAR HARIAN....

2 comments:

azzey said...

Leeaneem: madu bagus utk makanan. tp bermadu? heh3.....just a joke......:)

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

xminat la.. makan pun sbb t'paksa. hu3..