HeartBeat~ Tekan

Powered By Blogger

Thursday, December 30, 2010

..Juara oh juara..

ihsan NST

Bukan juara lagu,bukan jugak juara rakyat...tapi ini dia juara piala AFF Suzuki 2010.Skuad muda bola sepak kita di bawah bimbingan coach yg lowprofile K.Rajagobal dinobatkan sbg juara baru AFF Suzuki edisi ke-8.Walaupun tewas 1-2 di Gelora Bung Karno,tapi Malaysia ttp jadi juara dgn aggregate 4-2.

Satu peningkatan dalam bolasepak tempatan,Kalau sebelum ni kita selalu je tekandas,selalu jugak jadi belasahan dan kritikan ramai.Malam semalam jadi saksi yg budak2 muda nih berjaya bawak dimensi baru yg penuh bermakna dlm bolasepak negara.Lepas ni semua pasukan di rantau Asia Tenggara akan gerun bila berhadapan dgn Harimau Malaya.

Malam semalam jugak buatkan ramai penyokong2 Malaysia especially teman ngan wife kecut2 perut dan berbebar2.Mane taknye dari awal2 lagi sang Garuda attack kubu Harimau utk dapatkan gol awal.Kesungguhan diorang berjaya dapatkan penalti bila bola terkena tangan defend kita Sabree Abu.Nasib baik keeper Malaysia si "Apek" berjaya menangkap kemas bola sepakan Utina.

Penyerang sensasi kita Safee Sali berjaya menjaringkan gol dgn rembatan padu kaki kiri hasil serangan balas yg menarik dan pantas.Gol itu jugak buatkan isteri teman yg tgh mengandung dalam tak sedar melompat-lompat........seronok sgt dia........memang fanatik bola wife teman nih......kalau gi stadium ntah macam mane le gamaknye....

Tahniah skuad Harimau....teruskan usaha dan tingkatkan lagi mutu permainan.Kalau macam ni gaya mainnye tak mustahil stadium akan penuh sesak lagi bila Malaysia main.Ini yang penyokong setia termasuk teman tunggu2.Kebangkitan sang Harimau yg dah lama tidur.Diharap kebangkitan ini diteruskan utk mencipta lebih banyak lagi kejayaan dan kegemilangan di masa2 akan  datang......

p/s : teruskan berjuang,jangan mudah mengalah...tempuh segala rintangan dan cabaran kerana kita adalah ........HARIMAU MALAYA........AUUUUUUMMMMMMMMMM.......

1 comment:

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

buleh jadik p'ulas sukan la.. ganti hasbullah awang. ha3..