Wahai Anakku Muhammad
Allah melimpahkan berkat
pada engkau
wahai anakku dari ibu
yang sedang menghadapi maut
Engkau
diutus Allah kepada manusia
dalam lingkungan Halal dan Haram
Engkau dibangkitkan Allah
membantu Tauhid dan Iman
agama nenek engkau Ibrahim
Allah melarang engkau
tidak boleh mendekati berhala
jangan bersama golongan itu...
(nukilan sajak Aminah binti Wahab,
ibunda Nabi Muhammad s.a.w )
NABI MUHAMMAD S.A.W
Bertepatan dengan zaman yang berada dalam keadaan tandus mengenai modul keperibadian dan kepimpinan di dalam kehidupan manusia,maka amat sesuailah kita menjadikan NABI MUHAMMAD s.a.w. sebagai idola kita.Tidak kiralah samada dalam apa jua situasi.Baik tingkahlaku,pergaulan,ibadat,politik hatta kesemua urusan kita di dunia ini,RASULULLAH adalah yang terbaik untuk kita jadikan PUBLIC FIGURE ukan sahaja untuk kehidupan dunia malah untuk kehidupan di hari muka yakni hari AKHIRAT.Hanya intu sahaja caranya kita boleh mencapai kebahagiaan DUNIAWI dan UKHRAWI.Mengapa harus kita menjadikan ARTIS sebagai idola.Golongan ini hanya memberikan keseronokan di dunia tetapi akan menyeret kita ke lembah API NERAKA di akhirat kelak.
RENUNG2KAN,TIMBANG2KAN,FIKIR2KAN
2 comments:
Yg baik jadikan panduan......yg buruk jdkan sempadan. Sm2 terus ingat mengingatkan & memperbaiki diri....
betul3!
Post a Comment