KEGHAIRAHAN awal Ramadhan sangat menyeronokkan,bila mana surau dan masjid dipenuhi pelbagai golongan bagi mendirikan solat Tarawih.Hal ini perlu dikekalkan sehingga penghujung Ramadhan dan berterusan selepas Ramadhan.
Namun yg biasa kita lihat semakin hujung Ramadhan,semakin berkurangan jemaah sedangkan di akhir Ramadhan dipenuhi dgn hari2 ALLAH melepaskan manusia dari azab api neraka.Persoalannya,bagaimana untuk ISTIQAMAH....?
- Lakukan ibadah secara sederhana,ringan tetapi berkekalan.Jangan ghairah di awal sehingga menjemukan.
- Memikirkan banyaknya dosa dan kesalahan kepada ALLAH,yg menuntut kita membanyakkan bekalan amal ibadah dan bertaubat dari dosa tersebut.
- Semua keberkatan,rahmat dan keampunan yg ada dlm bulan Ramadhan akan berakhir,maka kita mesti mengambil peluang ini sebelumianya berakhir.
- Mungkin Ramadhan ini adalah Ramadhan terakhir dalam kehidupan kita,maka kita mesti mengambil kesempatan sepenuhnya.
Bicara Ramadhan oleh TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Naib Presiden PAS(HARAKAH bil 1568)
MEMBANGUN BERSAMA ISLAM.
No comments:
Post a Comment