HeartBeat~ Tekan

Powered By Blogger

Monday, June 27, 2011

...Hatrick LCW...


Dato' Lee Chong Wei membuktikan bahawa beliau sedang berada di puncak prestasi buat masa ini.Terbaru beliau merekodkan hatrick bila menjuarai Super Series Terbuka Indonesia 2011.Kali ini pemain veteran Denmark,Peter Hoeg Gade pula yang menjadi mangsa belasahan LCW.LCW menang straight set 21-12,21-7.Ternyata PHG bukan lagi tandingan LCW.Menonton perlawanan kedua2 pemain dunia ini semalam,ternyta LCW berada dalam kelasnya tersendiri.Ini juga membuktikan bahawa tiada pemain lain yg dapat menggugat LCW buat masa ini.Jika ada pun suma seorang pemain saje.Tak lain dan tak bukan,musuh tradisi LCW sendiri Lin Dan.

Namun kejayaan gemilang yg dikecapi LCW sekarang tidak diperolehi dgn mudah.Pastinya banyak usaha dan pengobanan yg dilakukan oleh LCW.Teman ingat lagi first debut beliau di arena antarabangsa.Waktu itu di Terbuka Malaysia.Bermula sebagai pemain yg tidak langsung diberikan perhatian dan harapan,beliau berjaya melangkah ke pentas final Terbuka Malaysia.Di final pemuda cina yg sentiasa tunduk ketika melangkah masuk ke gelanggang pertarungan ini akan bertemu dgn lawan yg sememangnye hebat ketika itu.Siapa yg tak kenal akan kehandalan Chen Hong,pemain China yg sudah menjuarai pelbagai gelaran peringkat antarabangsa.Perbezaan antara keduanya boleh lah diibaratkan bagaikan langit dan bumi.

LCW membuktikan pada semua ketika itu bahawa beliau adalah seorang juara dalam pembikinan.Dalam final tersebut LCW memberikan tentangan yg sengit kepada Chen Hong.Sehinggakan Chen Hong sendiri seakan terpukau dgn permainan LCW yg bervariasi.Pengalaman membezakan keduanya.Akhirnya LCW tewas juga.Walaupun tewas Chen Hong memberikan rasa hormatnye kpd LCW diakhir perlawanan.

Bermula dari itu LCW tidak menoleh ke belakang lagi.Beliau mendaki ke puncak setangga demi setangga.Pelbagai kejayaan telah diperolehi.Pelbagai kejuaraan beliau takluki.Antara kejayaan yg paling diingati,apabila beliau berjaya menjuarai kejohanan badminton All England pertamanya dgn menewaskan pemain muda sensasi Jepun,Kenichi Tago.Dan sekarang LCW sudah sekian lama bergelar pemain no 1 dunia.Iniah hasilnya dari usaha yg berterusan dan tak mengenal erti putus asa.

Sikap seperti LCW ini perlu dicontohi bukan saje oleh para atlet,tetapi oleh semua orang yg inginkan kejayaan.Kejayaan takkan datang bergolek.Kejayaan juga takkan menjelma hanya dgn cita2 dan angan2.Haruslah disulam segala cita2 dengan DOA,USAHA,IKHTIAR dan TAWAKKAL.Sirami dan bajai angan2 dengan kesabaran agar ia menjadi kenyataan.

5 comments:

My Little Diary said...

tahniah LCW... :)

zati embong said...

lama x ikut badminton ni.sedar2 je da mng.hihi.congrats cw!

Bidadari Syurga said...

sebab minat yg mendapat mcm adik beradik sidek tu agaknya dia boleh statikkan... tahniah....

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

wah! cayalah latok..! ;P

Hanis MY said...

tahniah buat LCW!