HeartBeat~ Tekan

Friday, February 18, 2011

Rasul2 Ulul Azmi-part 2

Selain Nabi Muhammad saw,ada 4 orang lagi nabi yg mendapat gelaran Ulul Azmi(rasul pilihan).Mereka semua juga seperti Nabi Muhammad yg menghadapi pelbagai dugaan,cabaran dan peristiwa2 pahit manis dlm menyebarkan dakwah kpd umat manusia.Dan kerana semua inilah maka nabi2 ini telah mendapat gelaran Ulul Azmi yak ni Rasul Pilihan dan Agung......bersama2lah kita menghayati paparan yg serba ringkas di bawah ni..........

1.Nabi Ibrahim as
  • Penentangan kaumnya terhadap dakwah yg baginda bawa khususnya dpd bapa baginda sendiri.
  • Dihukum bunuh dan dilemparkan ke dalam api yg marak oleh Raja Namrud.Dgn izin Allah swt, api menjadi sejuk dan baginda terselamat.
  • Baginda memperolehi anak(Nabi Ismail) apabila mengahwini Siti Hajar setelah sekian lamanya tidak dikurniakan cahaya mata bersama Siti Sarah.(Siti Sarah kemudiannya mendapat anak lelaki,Nabi Ishak)
  • Diperintahkan Allah utk menyembelih anaknya Nabi Ismail,dan dijalankan semata-mata ketaatan baginda kpd Allah swt.
2.Nabi Musa as
  • Baginda juga adalah anak angkat kpd Raja Fir'aun yg zalim.Walaupun begitu, baginda tetap tegas dalam menjalankan dakwah demi menegakkan agama Allah.Penentangan Raja Fir'aun dan kaumnya terhadap baginda semakin menjadi2 hingga ada cubaan utk membunuh baginda.
  • Raja Fir'aun memanggil tukang2 sihir utk menundukkan Nabi Musa as,tetapi tongkat yg dianugerahi mukjizat menjadi ular besar dan menelan kesemua ular2 tukang sihir tersebut.
  • Baginda terpaksa melarikan diri bersama2 pengikutnya melintasi Laut Merah yg terbelah(dgn pertolongan Allah),sedangkan Fir'aun dan bala tentera yg mengejar baginda tenggelam di dlm arus laut yg deras.
  • Asiah,(isteri Fir'aun) juga ibu angkat Nabi Musa as menerima dakwah yg dibawa baginda.
3.Nabi Isa as
  • Baginda menghadapi tohmahan masyarakat kerana dilahirkan tanpa bapa oleh ibu baginda,Siti Maryam.Ini semua adalah kudrat dan kehendak Allah swt.
  • Penentangan berterusan daripada kaumnya sendiri.
4.Nabi Nuh as
  • Dakwa tidak diterima oleh anak dan isteri baginda sendiri.
  • Umur baginda yg melebihi 900 tahun kebanyakannya digunakan utk mengajar umat baginda mengesakan Allah.
  • Tabah menjalankan usaha dakwah sehinggakan waktu banjir besar melanda kaumnya,bagindamasih tetap mengajak anak dan isteri baginda supaya bertaubat dan mentaati perintah Allah.Isteri dan anak baginda akhirnya tenggelam dlm banjir manakalabaginda bersama pengikut setia dan binatang2 selamat belayar di dlm bahtera.
selamat membaca dan ini last entry buat masa nih coz teman kena kursus induksi selama 10 hari start 19-02-2011 sampai 27-02-2011........waaaaaaaaaaaaaa..........

2 comments:

ArELeEz said...

tq for sharin'.. ;)

azzey said...

Gud info...

p/s: awat dh lm x update?