HeartBeat~ Tekan

Monday, August 8, 2011

seloka RAMADHAN

Ramadhan al-Mubarak menjelma kini
pejam celik2 dah masuk 8 hari
dah tentu ramai yg dok kira hari
tak sabar nak sambut Aidilfitri

tak sabar nak sambut aidilfitri
sibuk membeli itu dan ini
Terawikh yg datang setahun sekali
dah tak dihirau,dah tak dipeduli

dah tak dihirau,dah tak dipeduli
duit makin susut,poket makin kurang isi
apa yg penting taste mesti tinggi
mengharap pujian melambung tinggi

mengharap pujian melambung tinggi
pada yg datang bekunjung nanti
tak kisah hutang dulu sana-sini
janji "ngetop" di Aidilfitri

janji "ngetop" di Aidilfitri
tu yang sanggup jumpa pak "chetti"
pak "chetti" suka tidak terperi
tak cukup nanti,datanglah lagi

tak cukup nanti,datanglah lagi
kata aluan nak bunuh diri
jangan diturut nafsu yg tinggi
esok2 sape yang rugi?

esok2 sape yg rugi?
dah ditanya banyak la kali
tapi degil melekat kat hati
nak pinjam jugak,tanggung la sendiri

nak pinjam jugak,tanggung la sendiri
jangan susahkan anak dan bini
pak "chetti" kejar tau plak lari
sembunyi sana sembunyi sini

pesanan khas buat semua
berjimat cermat amalan mulia
sambutlah Aidilfitri semampu kita
lebih la elok serba sederhana
berkat dapat pahala berganda






4 comments:

Abe Goreng said...

dh boleh buat lagu dh ni.Heheh.:D

UPDATE:Cara Pantas Dapatkan BUFFERED EARNING

Ardini Humaira said...

wahh cdapnye pantun :)
ltak dalam kad raya besh ni hehe

ArELeEz said...

tp, makan secara over aci kan? ha3..

mr_mrs mikko said...

hihi...
berseloka2 eh...
syok lak baca..
kikiki