HeartBeat~ Tekan

Powered By Blogger

Friday, July 29, 2011

perjuangan belum selesai.....

Lupakan apa yg sudah terjadi.Kalah menang adat pertandingan.Sekali tewas tak bermakna tewas selama2nye.Perjuangan Harimau Malaya dalam aksi kelayakan piala dunia dah berakhir.Tewas pada "Singapore Celup" agg 4-6.
Apa pun kita tetap perlu berbangga,sebab team kita pure Malaysian....no "foreigners".So lupakan pasal bola.Ada satu lagi perjuangan yg perlu kita sama2 tempuhi.Perjuangan dan pertempuran menahan nafsu lapar dan dahaga serta perkara2 yg boleh membatalkannya.Ramadhan kembali lagi.Cuma tinggal 2-3 hari saje lagi kita di bulan Syakban.Marilah sama2 kita mengucapkan selamat datang kpd bulan Ramadhan yg penuh keberkatan,kemuliaan dan keampunan ini.Bersama2lah kita mengimarahkan bulan Ramadhan kali ini.
Sebagai seorang muslim,teman ingin berpesan kepada diri teman sendiri dan kepada sahabat2 semua,penuhilah Ramadhan kita tahun ini dgn amalan2 yg soleh.Perbanyakkanlah bersedekah serta tingkatkanlah ibadat2 sunat yg lain.Beramai2lah kita bertarawih secara berjemaah di masjid2 mahupun surau2 berdekatan.Penuhilah masjid2 kita seperti mana kita bersusah payah untuk memenuhi stadium bagi memberikan sokongan padu kpd team Harimau Malaya.Kejarlah ganjaran pahala yg berlipat kali ganda yg telah dijanjikan oleh Allah dlm bulan Ramadhan al Mubarak ini seperti mana kita berkejar2an untuk mendapatkan tiket bola.Rebutlah peluang keemasan yg terhidang di depan mata,seperti mana Harimau Malaya berebut2 dgn Singapore hanya kerana sebiji bola.
Semoga segala amal ibadat yg kita lakukan di bulan Ramadhan ini akan mendapat barokah dari Allh swt.Mudah2an juga amal ibadat ini akan terus kita lakukan secara "istiqomah" hingga ke bulan2 yg lain......jadikanlah Ramadhan kali ini lebih baik dari yg sebelumnye.....

......ahlan wa sahlan ya Ramadhan.......

6 comments:

Isteri Encek Bard said...

selamat berpuasa....

azzey said...

Ramadan yg dinanti

Nizam Ijam said...

selamat berpose... :)

Nizam Ijam said...

selamat berpose... :)

nuruhuda_329 said...

selamat berpuase:)

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

bila kak aneem nak belanja bkk pose? ngeh3..