David De-Gea
(credit to google)
MANCHESTER UNITED setuju menandatangani kontrak pembelian penjaga gol Atletico Madrid ,David de Gea berjumlah RM91 juta.
Jika urusan pembelian lancar,penjaga gol itu bakal beraksi di Old Trafford musim depan.
De Gea 20,menjadi pilihan menggantikan Edvin Van der Sar yang akan bersara selepas perlawanan akhir Liga Juara-Juara menentang Barcelona Sabtu ini.
Pengurus United,Sir Alex Ferguson menyifatkan De Gea,seorang penjaga gol yang tangkas dan mempunyai kualiti sama seperti Van der Sar.
Bagaimanapun,pembelian De Gea mendapat kritikan penganalisis bola sepak dan menyifatkan ia sebagai perjudian oleh juara Liga Perdana England (EPL) itu.
Sebelum ini,The Red Devils dilaporkan berminat mendapatkan khidmat Manuel Neuer (Schalke) dan Martin Stekelenburg (Ajax).
Namun Neuer mengambil keputusan menyertai gergasi Jerman,Bayern Munich manakala Stekelenburg setia bersama Ajax.
sumber:-sinar
1 comment:
91 juta hengget, noks..! waduh2..
Post a Comment