Semua ibu-bapa amat2 digalakkan untuk mendidik anak2 sedari kecil lagi untuk menghormati insan yg bernama guru.Insan istimewa ini semestinya dihormati dan disanjungi.
Sabda Nabi Muhammad SAW yg diriwayatkan oleh Imam al-tabrani "Pelajarilah ILMU,pelajarilah KETENANGAN dan KESOPANAN dan rendahkan dirimu terhadap orang yang kamu ambil ilmunya(guru)"
Ini jelas membuktikan bahawa selain ibu dan bapa,kita juga sepatutnya menghormati guru2 kita.Mereka juga boleh diibaratkan sebagai ibu bapa kedua kita.Malah tidak salah kiranya teman mengatakan di sini bahawa zaman persekolahan kita lebih banyak bersama dgn guru2 berbanding ibu bapa kita sendiri.Wajarlah bagi kita agar sentiasa mengingati jasa2 insan bernama guru ini.Tanpa mereka mana mungkin kita menjadi seperti mana kita sekarang.Malah tanpa didikan dan bimbingan guru,mustahil bagi kita para bloggers semua boleh menghasilkan entry2 yg hebat dalam blog masing2.Oleh itu dikesempatan ini ingin teman rakamkan ucapan jutaan terima kasih yg tak terhingga kepada semua cikgu2(sekolah rendah dan menengah) kerana tidak jemu2 mendidik anak murid kalian yg nakal ini.SELAMAT HARI GURU....
3 comments:
update pun.. bagus2.. ;P
hormati guru, ilmu pun berkat, amal berpanjangan
Selamat hri Guru jugak...biarpun terlambat gitu....ahakz
Post a Comment