tersarung sudah cincin di jari
hati terikat janji terpateri
hanya menanti tibanya hari
hari bahagia raja sehari
hari dinanti tibalah sudah
pengantin gembira bercampur gundah
menantikan saat akad dan nikah
minta semuanya diberkati ALLAH
pengantin perempuan berdebar di hati
berdebar lagi si pengantin lelaki
tangan ayahanda digenggam rapi
syarat mahu bergelar suami
inilah saat yang dinanti2
mohon ALLAH lapangkan hati
ALHAMDULILLAH.....sahlah sudah..
hilang segala resah dan gundah
dua jiwa bersatu sudah
bahagia terasa seronok of course dah tentulah.....
dahi dikecup suami tercinta
isteri terima penuh rela
di dalam hati berbunga-bunga
sudah berteman melayar bahtera
bahtera dilayar bersama-sama
menuju terus ke puncak bahagia
kini tiba hari persandingan
tanggal 11 Disember jadi pilihan
rebana dipalu menjadi iringan
pengantin diarak ke persandingan
singgahsana indah sedia menanti
hasil nukilan si pengantin lelaki
teruja hati menjadi RAJA SEHARI
ditemani pula si PERMAISURI
di singgahsana duduk bersanding
mata melirik jeling-menjeling
bidadari comel duduk mengiring
setia menemani pengantin bersanding
segak sungguh si raja sehari
cantik juga sang permaisuri
tersenyum manis tk henti-henti
tercapai sudah segala mimpi
kini semuanya manjadi realiti
SELAMAT PENGANTIN BARU KAMI UCAPKAN
SEMOGA BAHAGIA TERUS BERKEKALAN
SELAMAT PENGANTIN BARU
KEPADA RODHIAH(sepupu wife)DAN SUAMI
SEMOGA BAHAGIA KE AKHIR WAKTU NANTI
JADILAH ISTERI SOLEHAH DAN MITHALI
UCAPAN
IKHLAS DARI KAMI PENGANTIN LAMA
BERANAK 2(coming soon 3...on the way)
Mohd Rozaili
Faridah Hanim
&
anak-anak(Rifqah dan Raudhah)
5 comments:
amboi3..! siap b'seloka bagai.. dasat2.. he3..
wahh kellas la seronok baca seloka tu..
rifqah n raudhah a.k.a ilip n odah .. huhu ..
Ishh...ni yg terasa nak naik pelamin lagik ni...
Pdanim...Abg Lee..tima kasih byk2...Rodhiah x tau nak ucap guane..hehe...Salam penghargaan x terhingga..I Love U All!!!!!!!!!!!
Post a Comment